Latar Belakang Kajian
Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Seremban adalah menjadi sintesis di dalam kajian ini. Bangunan Stesen Keretapi Seremban ini dipilih memandangkan ia adalah satu daripada stesen keretapi yang sibuk di luar Kuala Lumpur. Bangunan Stesen Keretapi adalah merangkumi bangunan stesen dan pejabat pentadbiran yang terletak di tengah bandar Seremban. Bangunan Stesen sediada adalah merupakan bangunan yang mempunyai senibina sejarah dari masa lampau yang sesuai dalam pendekatan pemeliharaan (preservation) bangunan. Selain itu, lokasi Stesen Keretapi ini terletak di tengah pusat bandar Seremban yang merupakan ibu negeri kepada Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat dan budayanya yang begitu sinonim dengan perpatah Melayunya ‘Biar mati anak jangan mati adat’.
Hentian atau Stesen Keretapi merupakan sebagai satu hub pertemuan dan pelbagai aktiviti masyarakat di sesebuah bandar terutamanya Stesen Keretapi Seremban khususnya. Ini kerana Stesen Keretapi Seremban merupakan sebuah stesen keretapi terdekat yang menghubungkan dengan pusat bandar Kuala Lumpur dan pusat bandar Seremban. Berikutan daripada itu, ia menjadikan Stesen Keretapi Seremban satu stesen yang sibuk dan mempunyai pengunjung yang ramai yang kebanyakan terdiri daripada masyarakat yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur dan ingin melawat pusat bandar Malaysia tersebut. Pelbagai ruang dan rekabentuk boleh disediakan untuk pelbagai aktiviti bagi golongan ini dan masyarakat setempat disamping memperkenalkan dan mengekalkan ciri-ciri kebudayaan sesebuah negeri dan negara contohnya seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selain dari menerapkan unsur-unsur kebudayaan tersebut, stesen-stesen juga boleh dibangunkan sebagai pusat membeli-belah seperti terminal lapangan terbang (KLIA) dan KL Sentral, perjalanan bukan sahaja lebih menarik tetapi khidmat keretapi juga boleh membawa keuntungan. Ekoran daripada itu ia juga untuk menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Kenyataan Permasalahan Kajian (Research Problems)
Stesen Keretapi Tanah Melayu Seremban merupakan contoh terbaik bagi menjelaskan isu yang dinyatakan di dalam latar belakang kajian di atas. Stesen Keretapi ini merupakan salah satu sistem pengangkutan utama di bandar Seremban dan juga merupakan salah satu bangunan yang mempunyai nilai sejarah hasil peninggalan zaman silam. Namun tanpa disedari, stesen keretapi tersebut sedang menghadapi ancaman penyingkiran pada arus pembangunan di sekitar bandar Seremban. Nyatanya, keghairahan PBT bagi memajukan bandar Seremban dengan mengabaikan integrasi warisan bangunan sejarah ke dalam idea perancangan bandar telah menyebabkan Bangunan Stesen Keretapi Seremban yang sediada semakin tersingkir dan dilupakan. Pertumbuhan institusi-institusi kormersial dan industri di sekitar bangunan tersebut menghilangkan dan mengurangkan kesedaran terhadap pemeliharaan sejarah dikalangan masyarakat. Justeru itu adalah amat penting sekali dalam konteks pembangunan masa kini, penekanan terhadap aspek pengekalan diberi perhatian utama.
Seterusnya isu permasalahan yang dapat dilihat ialah dari segi ciri-ciri kemudahan bangunan stesen keretapi sendiri seperti tempat letak kereta, laluan koridor dan laluan pejalan kaki. Isu yang sering menjadi topik bagi orang awam yang menggunakan perkhidmatan keretapi ini adalah kekurangan tempat letak kereta (Sila rujuk rajah 1.2 dan rajah 1.3). Dengan ini, keadaan di stesen keretapi akan dipenuhi oleh kereta dimana pengunjung yang meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya dan adakalanya terpaksa meletakkan kereta mereka dibahu jalan utama dan jauh dari stesen keretapi serta jauh dari penglihatan. Begitu juga dengan laluan pejalan kaki yang sering digunakan oleh orang awam sebagai jalan pintas yang menghubungkan mereka kepada terminal bas dimana lorong-lorong tersebut sunyi dan terlindung dari penglihatan umum. Berikutan dari perkara ini, ia boleh mengundang bahaya kepada kereta dan pemilik kereta itu sendiri seperti kejadian ragut, rogol dan kecurian kereta. Ini termasuklah peratusan tinggi pengunjung dikenakan saman lalu lintas berikutan meletakkan kereta pada tempat yang tidak sepatutnya.
Selain itu diantara yang turut menyumbang isu permasalahan pada Stesen Keretapi tersebut ialah ciri-ciri rekabentuk bangunan stesen tersebut. Didapati terdapat kelemahan dalam rekabentuk sediada stesen tersebut. Dalam konteks rekabentuk dan sirkulasi penggunaan ruang di stesen tersebut ia tidak lagi sesuai digunakan bagi menampung kepadatan pengunjung pada masa kini. Ini termasuklah keadaan ruang menunggu dan laluan beranda yang kecil dan sempit tanpa kesinambungan bagi menampung kehadiran pengujung. Selain itu, perletakan lokasi berhampiran dengan jalan utama diikuti dengan keluasan tempat kenderaan-kenderaan menunggu penumpang keretapi yang tidak mencukupi dan tidak selaras menimbulkan masalah kesesakan lalulintas. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan dan mengundang bahaya bagi pengunjung stesen keretapi tersebut.
Objektif Kajian (Research Objective)
Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk:
i) Menganalisis persepsi serta cadangan masyarakat setempat berkaitan aspek pengekalan dan pemuliharaan bangunan Stesen Keretapi Seremban.
ii)Mewujudkan pendekatan rekabentuk Stesen Keretapi Seremban yang melambangkan identiti kenegerian Negeri Sembilan.
Sekop Kajian (Scope of the research)
Skop kajian ini merangkumi beberapa perkara seperti berikut :
i) Mengkaji persepsi serta cadangan masyarakat setempat berkaitan aspek pengekalan dan pemuliharaan bangunan Stesen Keretapi Seremban.
ii)Mengenalpasti elemen-elemen budaya warisan dalam menentukan rekabentuk senibina yang melambangkan identiti kenegerian Negeri Sembilan.
Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingannya yang tersendiri iaitu:-
i) Mengekalkan nilai warisan budaya dan sejarah sebagai langkah ke arah pembentukan identiti rekabentuk tempatan dan elemen-elemen budaya warisan tersebut akan diaplikasikan dalam merekabentuk Stesen Keretapi baru yang mempunyai identiti dan karektornya sendiri.
- Ini kerana nilai warisan dan sejarah budaya tersebut amat bernilai kerana ia merupakan asas identiti budaya dan asal usul masyarakat masa silam. Ia amat penting pada generasi masyarakat pada akan datang dalam mengenali identiti mereka sendiri.
ii)Mempertingkatkan ekonomi terutama dalam perlancongan khususnya kerana Stesen Keretapi Seremban sebagai vista lambang identiti kenegerian.
- Seringkali jelas dilihat, pengekalan dan pemuliharaan dalam senibina dan identiti dapat mempertingkatkan taraf ekonomi dan kehidupan masyarakat setempat. Ini berikutan situasi ini akan menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun luar negeri untuk datang berkunjung sambil menghayati keindahan warisan budaya dan sejarah tersebut.
iii)Mengimbangkan intregasi pembangunan lama dan baru. Elemen-elemen karektor, sejarah dan penyelarasan rekabentuk akan membentuk satu townscape yang menarik dan unik.
- Menaiktaraf dengan menambah pembangunan baru Stesen Keretapi Seremban agar segala kemudahan dan operasi berjalan dengan lebih lancar dan efisyen disamping mengekalkan Bangunan Stesen Keretapi Seremban sediada yang mempunyai nilai sejarah.
iv)Stesen Keretapi Seremban ini akan dijadikan sebagai tunggak dan nadi utama dalam pembangunan dan ekonomi bandar Seremban.
- Ini ekoran sehingga hari ini tiada pembangunan dan tarikan yang cukup mampan bagi menjana ekonomi bandar ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehi...zHaNkiT..sorry la sgt...i dah lm sgt x masuk blog nih...neway...i dpt all this thing dr mcm2 bahan....coz now i'm doing my thesis for this topic...ni nk stat sem br nk stat kaji blik..huhuhu...
ReplyDelete