Soalan Kajian (Research Question)
Isu yang akan dibangkitkan di dalam kajian ini adalah:
1. Bagaimanakah ciri-ciri rekabentuk ladang ternakan khinzir yang selesa dan sesuai untuk masyarakat Malaysia?
2. Ke tahap manakah keberkesanan ciri rekabentuk ladang ternakan khinzir mengikut keselesaan masyarakat Malaysia?
Bagi mengenalpasti dan mendapatkan keberkesanan jalan penyelesaian bagi usaha-usaha tersebut, penyelidikan yang terperinci haruslah dijalankan ke atas ladang-ladang ternakan khinzir yang terlibat.
Kenyataan Permasalahan Kajian (Research Problems)
Seperti yang dapat dilihat, rata-rata ladang ternakan khinzir kebanyakannya dibina dengan ringkas, mudah dan terbuka sejak dulu hingga kini. Ini berikutan kerana para penternak ingin menjimatkan kos mereka dengan nilai harga yang rendah. Ini memberi kesan terhadap ciri-ciri keselamatan dalam ladang ternakan yang memberi risiko terhadap kesihatan masyarakat sekeliling. Kesan daripada itu telah terbukti semasa peristiwa wabak penyakit akibat virus Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah di Bukit Pelanduk, Port Dickson. Ini dibuktikan dari petikan akhbar Utusan Malaysia Khamis - 22/04/1999 (Seremban, Negeri Sembilan (Malaysia) - Dua orang lagi penternak berusia 57 dan 38 tahun dari kawasan Bukit Pelandok mati. Ini menjadikan jumlah kematian akibat virus maut Japanese encephalitis (JE) di Bukit Pelandok terus meningkat kepada 68 kes dan kes kematian di seluruh negeri pula meningkat kepada 73 kes. Seramai 68 orang pesakit masih menerima rawatan di hospital sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan).
Seterusnya isu permasalahan yang dapat dilihat ialah dari segi ciri-ciri kemudahan ladang ternakan itu sendiri seperti sistem bahan buangan dan pengudaraan yang terbuka. Isu yang sering menjadi topik bagi masyarakat Malaysia yang terlibat pelupusan buangan ladang ternakan khinzir masih menggunakan kaedah lama yang tidak mesra alam, iaitu kolam penstabilan sisa (WSP). Ini berikutan tiada penternak yang berani melabur dengan kos yang tinggi jika pihak kerajaan tidak memberi kepastian dari segi lesen perniagaan dan status tanah.
Selain itu diantara yang turut menyumbang isu permasalahan keselesaan masyarakat di Malaysia ialah ciri-ciri rekabentuk ladang ternakan tersebut. Seperti kita sedia maklum didapati ladang ternakan khinzir yang sediada di Malaysia ini didirikan tanpa garis panduan dan pemantauan dari mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Rekabentuk yang dimaksudkan ialah rekabentuk kediaman atau kandang khinzir itu sendiri dimana ia dibina dalam bentuk konsep terbuka. Dimana kandangnya yang tidak berdinding ini telah banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bau, pencemaran udara dan pencemaran air. Ekoran dari isu pencemaran dan sisa buangan yang tidak tahu arah tujunya ini telah memberi kesan sensitiviti pelbagai pihak khususnya orang Islam.
Objektif Kajian (Research Objective)
Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk:
i) Mengenalpasti elemen-elemen dalam menentukan rekabentuk pembinaan yang selesa dan sesuai untuk ladang ternakan khinzir.
ii) Mewujudkan pendekatan rekabentuk yang selesa dan sesuai bagi ladang ternakan khinzir.
Sekop Kajian (Scope of the research)
Skop kajian ini merangkumi beberapa perkara seperti berikut :
i) Mengkaji keberkesanan ciri-ciri rekabentuk ladang ternakan khinzir yang diperlukan mengikut tahap keselesaan masyarakat Malaysia.
ii) Mengenalpasti piawaian rekabentuk yang lebih sistematik dan praktikal untuk diaplikasikan dalam pembinaan ladang ternakan khinzir tersebut berdasarkan Garis Panduan dan Piawaian di atas pemantauan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
Hello fellow frens....
ReplyDeleteHarap bole komen or bagi pendapat pada isu2 yang akan saya post di blog ini yer..thank u...
huehueheuheu
ReplyDeletegudluck.....
ReplyDelete